Tuesday, 22 January 2013

Hidayah bukan untuk ditunggu , tetapi untuk dicari =)


Subhanallah..seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim,
tidak lunak dalam bicara selain buat zauj tercinta,
segan berkongsi cerita selain dari yang halal baginya.
kerana percayalah bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya daripada akhawat.
jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatan dengan lelaki di matamu.
ayuh perbaiki diri selagi nyawa dikandung badan,pintu syurga masih terbuka 
Hidayah umpama CAHAYA , mana mungkin dapat ditembusi dalam bilik gelap yang di TUTUP RAPAT. sama halnya bila kita mahu BERUBAH. Hanya hati yang LAPANG dapat ditembusi cahaya. Mereka yang pernah melalui zaman "gelap" sahaja tahu menghargai cahaya.

Seburuk mana pun kita dulu, perangai teruk mana sekalipn, kalau Allah izinkan, bila-bila masa boleh berubah. TAPI, hak memilih dan berusaha bergantung pada kita. Hina dan mulia pilihan kita.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

“Dan orang-orang yang BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan MEMIMPIN mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka BERGEMBIRA serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha MEMBAIKI amalannya.”

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari.....InsyaALLAH..jinakkanlah dirimu dengan Islam,ISLAM IS THE WAY OF LIFE..
be a muslim girl :)



No comments:

Post a Comment