Friday, 5 April 2013

Indahnya wanita solehah :)


Indahnya Muslimah..

ALLAH MAHA ADIL

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?





KEPADA LELAKI KT LUAR SANA : TLG JAGA HATI DAN PERASAAN PEREMPUAN :) HOPE SGT2 . DEAR FUTURE HUSBAND , WHERE ARE YOU :)



tutuplah auratmu wahai wanita :)

Tuesday, 5 February 2013

MEKAH ITU INDAH :)



Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail as :

"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."

Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :

  1. Tinggi Kaabah sembilan hasta.
  2. Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
  3. Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
  4. Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
  5. Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
  6. Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
  7. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.

Tuesday, 22 January 2013

Hidayah bukan untuk ditunggu , tetapi untuk dicari =)


Subhanallah..seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim,
tidak lunak dalam bicara selain buat zauj tercinta,
segan berkongsi cerita selain dari yang halal baginya.
kerana percayalah bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya daripada akhawat.
jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatan dengan lelaki di matamu.
ayuh perbaiki diri selagi nyawa dikandung badan,pintu syurga masih terbuka 
Hidayah umpama CAHAYA , mana mungkin dapat ditembusi dalam bilik gelap yang di TUTUP RAPAT. sama halnya bila kita mahu BERUBAH. Hanya hati yang LAPANG dapat ditembusi cahaya. Mereka yang pernah melalui zaman "gelap" sahaja tahu menghargai cahaya.

Seburuk mana pun kita dulu, perangai teruk mana sekalipn, kalau Allah izinkan, bila-bila masa boleh berubah. TAPI, hak memilih dan berusaha bergantung pada kita. Hina dan mulia pilihan kita.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

“Dan orang-orang yang BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan MEMIMPIN mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka BERGEMBIRA serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha MEMBAIKI amalannya.”

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari.....InsyaALLAH..jinakkanlah dirimu dengan Islam,ISLAM IS THE WAY OF LIFE..
be a muslim girl :)



Sunday, 20 January 2013

Jangan mengutuk sesama ISLAM , :)

HAI , assalamualaikum ..
hari ni nk cita pasal orang yg suka dok kata kat orang . tp x sedar diri dia pun x sempurna ..

cita dya cmni . ade sorang mamat nyh , suka gila kta kt org kutuk sana sini .. dya ingat dya bagus sgt ka ? dia kata hang mcm tu la , cm ni la .. awat dya x sedar ka apa yang dya kta kat orang tu . dya tengah dok kutuk ciptaan Allah . sama la tu , dpat dosa .. tp klau org cm tu , maw satu hari bubuh blik arr bru ada akai . mau kta , awat hg tu dh okey dh ka ? , sempurna dh ka ? segala-galanya okey ka ? x kan ? lepas tu awat hg suka kta kt org ?? see ur face at mirror la bro ! dya ni nk kata ensem sgt dak la .. muka dya gelap atau hitam lha lebiyh kurang  ! [haaa , nk kta dh la ny ]
pas2 ade hati nk kta kt org ,! klau pndai x pa , ni dk lebiyh kurang jaa ..
mulut tu kna jaga , jgn senang2 ja nk kta .. tidak x ade la pepatah kerana mulut badan binasa . memang betul pun .. tp puteri x leh kata apa2 .. puteri diam ja lha dya kata .. nk blas . tgk suatu hari nnti tunggu sat .. maw kata pedas2 tuhh , biaq dya rasa .. tunggu masa ja ni .. dh la suka hingaq masa dok blajar .. apa kes weyh ? cuba la sedar thn nyh spm .. cuba take serius skit .. ni dk semua nk hingaq ... macam ngan taik ! hari2 cegu da kata kt dya , hamik sedas .. kna kt btg hidung sendiri . bru dya rasa mcm mana kna kata ngan orang /. puteri ni bkn jenis suka suki nk kta kt org , ada tempat lha .. bukan mai kutuk2 , kata2 kt org suka hati .. ingat sama org lain pun ada perasaan . jgan penting diri sendiri . sama juga klau kita kata kt mak ngan ayah . depa terasa kan ? itulah manusia . setiap sorang diberi perasaan .. anugerah Allah .. so , jaga lha perasaan org sama yaa .
jgn ikut sedap mulut nak kata :) 



Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11.




ingat tu :)


Wednesday, 16 January 2013

- Ampunkan dosa ku ya Allah :( -

Wahai tuhan ku tak layak ke syurga mu ,
namun tak pula , aku sanggup ke neraka mu ,
ampunkan dosa ku terima lah taubat ku ..
sesungguhnyaa engkau lah pengampun dosa2 besar
dosa2 ku bgaikn pepasir di pntai ..
dengan rhmat mu ampunkan daku oh tuhanku ..
umur ku berkurang setiap hari dan waktu ..
dosa ku brtmbah setiap waktu apalah daya ku
wahai tuhan hmba yg berdosa datang padamu ..
mengakui dosa , dosa yg telah berlalu ..
jika engaku mengampukan daku oh tuhanku ..
engkau lha yg layak mengampun dosa ku ..
jika engaku tidak menerima taubat ku ..
pada siapa lagi tempat ku mengadu .. dan merayu
jika engkau tidak menerima taubat ku .. tiada siapa lagi
tempat ku mengadu dan merayu
ilailas tu lil firdaus .. si ahlan .. wala aku wa an la na ril jahimiii .. fahabelitau allah
zunu b fa in na karo ' firu zambi azimii ...
fainna kaoro  firu zamdi aza miii ..

- Ya Allah , ya tuhanku engkau ampunkan lha dosa ku selama aq hidup di atas bumi - Mu ni .
sesungguhnya engkau lah pengampun dosa2 besar :(


bersujudlah kepada allah :)
kerana sujud ialah tempat yang dekat dengan ALLAH ..


Friday, 11 January 2013

Seindah-indah Hiasan Ialah Wanita Solehah

           assalmualaikum guys ! good evening . today hari jumaat , spe x pegi solat jumaat lagy ?   
                                             pegi cepat ! waktu da nak hbis tue =)  
                         


okey , hari ni nak citer ape eyy ? erm , about rambut orang yg   pkai ' dye' , oke awesome tak cita 
                                                             nie ? harap awesome la kan ;)  
                                                                 
 First skali kita memang dilarang oleh allah s.w.t untuk mewarnakan rambut , kenapa degil lagi ? dah sah2    dye itu HARAM dalam agama islam ., knapa nak pakai ? elok sgt eyy ? x elok lha dear ! orang tgk pun nak   mengata lagy ade laaa .. klau yg x ambil berat tu x kata laa .. just nak bgi advise je . benda yang penting sekali dalam hidup kita ialah SOLAT , klau x solat berdosa kan ? erm , sama laa erti dya klau kita pkai dye x guna kita solat walau apa cara sekali pun . sebab kt diri kita masih ada yg haram . itu la sebab allah s.w.t melaknat kita dri mewarnakan rambut , mesti ade hikmah dya kan ? ustaz puteri kt skola senang , dya kata sapa pkai dye sama la dengan oran utan sbb warna bulu dia nak sma dengan dye kan ? memang ptut kan dya kata mcm tu , x salah bagi puteri .. klau bnda yg dia kta tu btul .. sapa kata pkai dya nmpk lawa , cntik , rmbut ala2 mat salleh bagai , spe ? x nmpk lawa pun , dya pkai hnya untuk tontonan ramai bkn sebab apa pn . konon nya hoi rmbut aq lawa la , sapa x leh tanding :P . ada sesetengah mak ngan ayah pun x tgor anak2 , biarkan ja buat bnda yg x btol , entahlha nk kta apa .. hadoiii . ibubapa diluar sana , tlg yer tgor anak2 anda .. dosa yg mereka buat tu anda yg tanggung .. nauzubillah min zalik . oke lagy satu , bila da meninggal dunia , payah kan ? nak kena botakkan pulak . so , insaflah org yg pkai dye tu termasuklah org disekeliling puteri ,
puteri doakan ya .. ouke sekian =) 


=)=)
                                                      : ALLAH SENTIASA BERSAMAMU: